Waktu Piawai India
Waktu Piawai India

Waktu Piawai India

Waktu Piawai India (bahasa Inggeris: Indian Standard Time, singkatan IST) ialah zon waktu yang digunakan di seluruh negara India, dengan perbezaan waktu sebesar UTC+5:30. Tidak terdapat waktu musim panas (DST) atau penyesuaian waktu musiman di India, meskipun DST pernah digunakan sebentar semasa Perang China-India pada tahun 1962, Perang India-Pakistan pada tahun 1965, dan Perang India-Pakistan pada tahun 1971.[1] Dalam sistem waktu ketenteraan dan penerbangan, IST termasuk dalam zon E* ("Echo-Star").[2]Waktu Piawai India dihitung berdasarkan longitud 82.5° T, yang terletak di sebelah barat bandar Mirzapur, dekat Allahabad di negeri Uttar Pradesh. Perbezaan bujur antara Mirzapur dan Balai Cerap Diraja, Greenwich di United Kingdom sama dengan perbezaan waktu sebanyak 5 jam 30 minit tepat. Waktu tempatan diukur dari menara jam di Balai Cerap Allahabad (25.15° U 82.5° T) meskipun alat-alay pengukuran waktu rasmi disimpan di Makmal Fizikal Kebangsaan di New Delhi.[3]

Rujukan

WikiPedia: Waktu Piawai India http://www.es.flinders.edu.au/~mattom/science+soci... http://wwp.greenwichmeantime.com http://wwp.greenwichmeantime.com/ http://wwp.greenwichmeantime.com/info/timezone.htm http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/asia/in... http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/asia/in... http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/asia/in... http://www.hinduonnet.com/mp/2002/01/07/stories/20... http://wwp.india-time.com/indian-time-zones.htm http://www.thehindubusinessline.com